Salam sayang semua..
Hari ni lambat pulak masuk ke alam maya. hehehe..
Terima kasih pada yang mendorong dan memberi semangat pada saya untuk terus membebel disini. Terutamanya en.suami yang menangis baca bebelan saya. heeeeeeee.
Oh ya..terlupa saya nak bagitau semalam , saya adalah Pengasas kepada ZADAscarf Collection.
Alhamdulillah..kini saya mempunyai sebuah perniagaan Online yang memberi keselesaan dan kepuasan untuk wanita di luar sana menutup aurat dengan sempurna. Kepakaran saya ialah membantu menyelesaikan masalah ketrampilan diri dan perasaan was-was yang dihadapi oleh wanita muslimah dengan memberikan keselesaan kualiti dan kepuasan ber'fashion' apabila berada di luar mahupun di rumah.
Dulu saya seperti orang lain..yang biasa je selepas berhenti dari kerjaya bersama sebuah bank asing terkemuka..CT.. Apa yang menyebabkan saya berhenti?? huhuhu... saya penat..penat sebab kerja dari pagi sampai malam dan setiap hari saya kena lalu federal highway yang semua orang berlumba-lumba setiap pagi siapa sampai opis dulu. Termasuk la saya sendiri..hihihi. Betul tak saya kata berlumba-lumba?? Ada yang rasa tak apa yang saya rasa?? Apa tak nya berlumba..semua kereta laju2, tukar line tak bagi signal macam la dia sorang je yang pergi kerja kan. Pelik..pelik..
Akhirnyaaaa..saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah walaupun masa tu belum ada anak si cinta hati saya ni. Maka bermulalah satu kehidupan baru tanpa jem..tanpa bos..tanpa file yang bersusun. Satu tahun..dua tahun..tiga tahun.......
Sehinggalah saya berjumpa dengan Mentor kesayangan saya. Nanti saya ceritakan macam mana boleh berjumpa ye. Mentor saya yang membuka mata saya untuk memulakan perniagaan tanpa perlu menjual.
Hahhh!!
Tak perlu menjual??
Habis tu buat apa busines??
Bukan semua orang buat business sebab nak kaya ke??
Kalau tak jual macam mana nak kaya??
Macam-macam soalan keluar dan saya jadi makin pelik..pelik la kan macam mana nak berniaga kalau tak nak menjual. Nanti saya kongsikan bagaimana. Akhirnya..terdirilah ZADAscarf yang menjadi tempat untuk saya salurkan bantuan dan berkongsi minat dengan wanita-wanita lain. Alhamdulillah..saya telah berjaya membantu ramai wanita untuk mempunyai pilihan yang lebih banyak..membantu wanita untuk menambahkan pendapatan dan membantu wanita kelihatan anggun dan cantik serta menutup aurat dengan sempurna.
Siapa yang ingin saya bantu bagaimana untuk memulakan perniagaan tudung dan produk muslimah boleh PM www.facebook.com/ZADAscarf atau WhatsApp 019-2662014. Saya akan kongsikan bersama anda..
Salam sayang penuh cinta,
Asha Shareena

You're awesome girl.All the best xxx - Maria xct too :D
ReplyDeleteWahhhhh!! Terujanya dpt comment dr yg pakar dlm blogging2 ni. Tq sis Maria.. my xct fwen and my sister 4eva. Loveee u. :)
ReplyDeletesape la yang tak muntah lalu federal tu..hahahaha
ReplyDeleteall the best k.sha..
i love u!!