Berdebar-debar rasa nak mula menulis ni. Nak pilih tajuk je dah setengah jam..siap tanya en.suami lagi, sedangkan dia pun kena buat blog juga..haha. Tu baru nak pikir tajuk belum lagi nak pikir apa nak tulis. Mencabar kan.. fuuuhhh!!!
Tapi disebabkan Mentor saya cakap tulis je apa2 jadi terpaksa la ikut sebab takut pulak ilmu tak berkat nanti. Takut wooo kalau ilmu tak berkat.. sebab berkat ni benda yang tak nampak dan tak boleh diukur. Berkat ni kena faham sendiri. hahahah.. faham tak?
Saya ni dalam process mencari PASSION saya. Rasa macam dah jumpa lepas tu tetiba rasa macam bukan pulak.. pelik kan. Mentor saya cakap PASSION akan buat kita sanggup tak makan dan tak minum..sanggup buat apa saja asal dapat settlekan PASSION ni. Kalau dulu2 masa belajar kat U time nak exam mesti semua sanggup tak makan dan minum tapi bukan sebab PASSION..hahaha..sebab Terpaksa baca buku nak exam kan.. (utk yg study last minit cam saya ni lar. :p)
Ok..cerita sikit tentang diri saya ye. Dah bebel2 tak tahu plak sape tuan rumahnya.
Nama saya Siti Nurshareena Muhd Jizan. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri permata hati..Zada Sofeeya Mohd Zairudin. Bila bercerita tentang anak, saya memang sangat sangat sensitif.. Permata hati saya ni adalah nyawa saya. Dan dia juga lah the reason WHY saya perlukan perubahan dalam hidup. Saya sanggup gantikan nyawa saya utk anak permata hati saya. Sebab bukan mudah untuk saya dapatkan Sofeeya.. 5 tahun penantian, saya dan suami berusaha utk mendapatkan Sofeeya. Bukan perkara mudah kerana ia menuntut pengorbanan emosi dan kekuatan diri. Bermacam2 cara dan kaedah kami dah cuba tapi Allah itu Maha Mengetahui..DIA tahu bila waktu yang terbaik utk kita. Setiap rencanaNYA adalah yang terbaik. Apapun InsyaAllah nanti saya akan kongsikan kerana saya pasti ramai pasangan diluar sana yang masih belum dikurniakan anak. Saya faham..saya tahu sebab saya melaluinya.
Tengok2..saya dah nak nangis. :( Saya ni lembik sikit..memang senang menangis tapi tak la sampai tgk hindustan pun boleh nangis. Heee...
Alhamdullillah.. saya sangat bersyukur masih mempunyai keluarga yang complete. Maksudnya saya masih mempunyai abah dan emak, ayah dan mak cik serta adik2 yang sangat sayangkan saya. Jangan la salah faham pulak ye saya kata complete tu..complete maksud saya ialah semua nya masih ada untuk saya. Saya masih boleh mencari peluang menambah pahala saya.. Sebab tidak semua orang ada peluang sebegitu kan. Saya kesian en.suami, ayah dan ibu mentua saya dah tiada..mereka sudah menyahut panggilan Illahi. Bila dalam situasi ni, saya rasa sangat bertuah..semoga Allah SWT panjangkan usia abah, emak, ayah, mak cik dan adik2 saya.. Mereka adalah sumber kekuatan saya selain dari en.suami dan permata hati saya. Jangan risau ye en.suami...ku sentiasa disisimu.. cewahhh! :)
Utk arwah ayah mentua dan ibu mentua kesayangan saya..semoga mereka dikurniakan jannah yang terbaik, yang terbest dan terhebat.. Sebenarnya banyak lagi list thing TO DO yang saya nak buat bersama ibu mentua tapi apa kan daya. Allah lebih menyayangimu..
Rasanya ckup utk kali ni..bertakung2 dah air mata nak tumpah dah ni..
Haaaaa...ni la permata hati pengerang jantung saya. Kalau bercerita tentang dia mungkin saya tak cukup ruang kot. kihkihkih... Nama dia Zada Sofeeya Mohd Zairudin. Umur 1 tahun 8 Bulan.
Asha Shareena
Tahniah cik puan kerana berjaya untuk menulis blog. Harap dapat terus menulis dan memegang "WHY" cik puan untuk terus setapak dalam perniagaan. Anda kaya dan berjaya! :)
ReplyDeletehttps://alwaangallery.blogspot.com
Terima kasih tuan Ridhwan Othman sudi singgah blog saya. Semoga kita sentiasa di track yang tepat :). Anda kaya dan berjaya!
Deletecik sofeeya yang cantik manis,
ReplyDeleteni aunty siti.ur mom punya MMG group member.
aunty doakan sofeeya membesar jadi anak solehah,hebat,kuat dan gembira mcm ur mom n ur dad.
i feel u k.sha.
to describe what we feel in words is actually impossible.
besarnya kasih sayang seorang ibu,Allah saja yang tahu..
all the best kak..
stay strong!!!!
love u kak..
http://sitikhadijahhosni.wordpress.com/
Tq deary Siti.. :)
DeleteMmg btul..kasih sayang susah nk dlafazkan but we managed kan.
Tq for being my MMG, Sayang sgt dgn smua MMG kita. X sangka besar impact MMG ni kan.
Semoga kita terus sukses bersama.
:)
true..
DeleteMMG mmg awesome..
tak sangka benda mudah macam ni pun ade impak besar..
Love u la :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCongrate sha..welcome to blog world..
ReplyDeleteHehehe..ingatkan siapa tadi. Tq jan. :)
DeleteSha x reti nak follow2 lagi ni. Bru belajar menulis je.