Wednesday, 23 October 2013

LEMBU dan SAYA

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Salam Sayang..

Hari ni saya nak cerita tentang 
Kehebatan HARI RAYA AIDIL ADHA
yang baru lepas ni.. :)

Saya tak sempat nak update hari tu sbb kononnya
macam sibukkk la sangat kan.
hehehe..

Alhamdulillah.. 
Tahun ni Atuk Sofeeya bermurah hati nak buatkan 
korban utk si cucunya ini. 

Kecil tapak tangan nyiru mummy dan papanya tadahkan. :)
Semoga abah sentiasa murah rezeki 
dan diberi kesihatan yang baik.. <3
Sayanggg Abah!

Ok..oleh kerana itu,
maknanya kena raya di Puncak Alam la kan.
Kebetulan pula memang tahun ni turn Raya Haji di sini.
Jadi tak perlu la bermesyuarat menentukan raya dimana.
Hahaha..

Pagi raya tu memang bangun awal..
sebab nak ke solat Aidiladha,
tapi rezeki tidak memihak sbb sampai je surau
orang dah start solat.



Hancusssssss.... rupanya solat pukul 8pagi,
bukan 8.30pagi.

Teruskan je la perjalanan ke rumah mak..
Mcm jauh je kan..tapi 7 minit je naik kereta.
kihkihkih..

Pukul 10pagi semua dah bersiap sedia di padang 
untuk majlis korban..
Kita kan kena jadi Great Receiver.. 
Jadi haruslah bersyukur dgn memberikan tenaga sepenuhnya 
utk majlis tu..

Sebagai tanda kesyukuran rezeki dari Allah SWT..
dan 
sebagai tanda hargai pemberian Abah buat Sofeeya..
:) :) :)

Bawa anak dara saya tu tak susah sebab..
Sofeeya kan berani macam mummy dia, 
jadi memang tak ada masalah takut pada lembu..

Yang menjadi masalahnyaa....
Adalah mummy sofeeya..kahkahkah



Saya sangat tersentuh disaat alunan takbir
mengiringi korban lembu yang pertama.
Saya tak tahu kenapa..tapi hati saya sangat sayu..
Saya menangis.. 
huhuhuhu.. :(

Kelakar yang melampau sebab orang lain muka berkerut-kerut
tengok lembu disembelih..
Tapi saya menangis meleleh-leleh.
:P

Saya bukan menangis sebab kasihan..
Saya menangis sebab seekor lembu pun sanggup
mengorbankan dirinya utk Allah SWT.
Tapi saya yang ada akal..ada otak..ada ilmu
tak mampu memberikan pengorbanan yang sepatutnya saya lakukan..

Saya sedih..dan sayu sangat..
Betapa tingginya darjat lembu itu
Saya tak tahu dimana darjat saya disisi NYA..

Dah..dah..tak perluuuuu :)
Kita tak perlu la bahas, 
lembu tu binatang dan kita ni manusia
sebab kalau kita tak gunakan apa kelebihan yang ada pada manusia..
sebenarnya kita lebih kurang itu juga.
Betul tak??

Tengok lembu pun senyummm... heee



Jangan marah tauu..

Untuk yang membaca coretan saya :)
Saya doakan anda yang membaca coretan saya
kaya dan berjaya dunia akhirat..

Semoga kita menjadi orang yang menggembirakan orang lain.. :)
Yang membahagiakan orang lain.. :)

In Shaa Allah..!
Gembira dan bahagia akan sentiasa datang mencari kita.


Salam Sayang Penuh Cinta,
Asha Shareena

Sms/ WhatsApp 019-2662014
www.facebook.com/asha.shareena
www.facebook.com/ZADAscarf

Friday, 11 October 2013

SALAH SIAPA??


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Salam Sayang..

Dah 2 hari tak membebel di sini. Kalau ikutkan rasa tak sihat..rasa itu dan rasa ini memang akan bersarang la blog ni. kahkahkah.. :)

Kalau lah blog ni budak kecil..dah kurus kering la anakku tak makan. 
hehehe..

Sebenarnya masa nak mula menulis ni emosi tak berapa stabil..
bermacam-macam rasa -ve dan +ve bercampur-campur.



Walau camna pun masih banyak yang +ve dari -ve ya..
Kalau tak membazir la pegi segala datuk nenek seminar kan?
kihkihkih..

Nak tanya sikit.. pernah dah anda menyesal jumpa seseorang??
Maksud menyesal ialah..kita jumpa orang tu dan bila lepas jumpa kita akan cakap dalam hati..
"macam ni punya sikap pun ada ke??"
"Orang macam ni pun ada??"

Pernah tak? Pernah tak?
Mesti pernah kan.. jangan tipu ye.. :)

Saya pernah juga alami perkara macam tu.. 
apa yang saya buat ialah ingatkan diri supaya tidak jadi macam tu..
Dan jangan memandaikan diri untuk menegur secara berdepan..
Nahas la anda kalau ilmu tak cukup di dada..
Hahahahaa..

Pada saya..senang je :)
Biarkan manusia itu datang dan pergi dalam hidup kita..

 Semua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita adalah kan pilihan kita.


Contohnya.. kena bagi contoh ke? Ok laa..

Tak ada sesiapa suruh kita bangun pagi kan??
Memang laaaa..kita kunci jam suruh jam tu bangunkan kita..
tapi kita bangun dan tutup semula jam tu!
Hahhaa...sape yang buat macam tu??

Kan itu pilihan nama nya??

Kita pilih untuk pergi kerja ikut jalan yang kita suka.. tak ada sesiapa suruh.
Kita pilih untuk lunch atau ikat perut pun.... tak ada sesiapa suruh.
Kita pilih untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh atau main boh je... pun tak ada sesiapa suruh.
Kita pilih untuk melepak dengan kawan-kawan punnnn....tak ada sesiapa suruh.

TAPI!
Bila kita ada masalah..kita mula salahkan itu..
Bila tak cukup masa..kita salahkan kerja banyakkkk la sangat.. 
Macam biasa buat je..kihkih
Bila lampu merah..kita kata bodoh punya lampu! Cepat sangat merah!
Bila orang marah..kita salahkan pulak dia tak faham keadaan..

Dah la tu..
Bila Allah bagi rezeki kurang pada kita.. kita mula salahkan takdir.
Kita salahkan masa belum sampai..untuk kita kaya
(nak sedap hati..siap plak cakap.. satu hari nanti aku akan kaya,
Amin.. at least ada niat kan :))

Tapi sayang-sayang...
Siapa yang akan buat kita berjaya??
Siapa yang akan buat kita hebat??
Siapa yang akan buat kita kaya dan dapat membantu ramai lain??
Saya yang akan buat semua tuuu??


Diri kita sendiri!! Percaya la..
Kuasa TINDAKAN sangat penting.

Tahu tak kita BERTANGGUNG JAWAB pada diri kita sendiri?
Semua pilihan yang kita buat adalah cerminan tanggungjawab kita pada DIRI SENDIRI.

Seandainya tanggungjawab pada DIRI pun kita tak mampu lakukan,
apa entah lagi pada yang lain..
Pada Ibu..pada Isteri..pada Suami..pada Anak-anak..pada Adik-beradik.

Wahhhhh..!!..panjang pulak syarahan hari ni.


Sebenarnya ini nasihat untuk diri sendiri juga..
Saya takut...
takut saya mampu menjalankan TANGGUNGJAWAB disaat saya sudah tak berkesempatan.

Disaat orang yang saya perlu tunaikan HAKnya yang ada pada saya 
meninggalkan saya.

Faham tak??

Maksudnya..dah TERLAMBAT.
TERLAMBAT yang tak boleh di ubah.

Pernah tak rasa TERLAMBAT tu?? Nak rasa dulu ke??

Tepuk dada tanya hati..tanya akal..tanya DIRI.

:)

Salam Sayang Penuh Cinta,
Asha Shareena

Monday, 7 October 2013

IMKK vs MLM Part 2

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum..

Hari ni baru saya teringat tentang sambungan submit2 saya 
pada bebelan IMKK vs MLM Part1. 
Saya nak bagitau dulu..
masa saya submit tu saya submit pada Allah s.w.t, 
saya letakkan segala harapan saya..segala keinginan saya..
segala rasa kasih dan sayang saya. 

Sebab DOA pesan..ada satu ketika di mana kita akan rasa seolah Allah swt sedang pandang muka kita dan mendengar doa kita untuk dimakbulkan. Susah nak bagitau macam mana rasanya.. 
Sebab tu la saya suruh sangat pegi IMKK tu.. 


Meremang bulu roma saya masa berdoa.. walaupun ada biawak dalam hati celah2 pokok tu sibuk jelir lidah.
Tapi sekarang dah tak de dah biawak tu, dah selamat di humban ke longkang. kihkihkih

Tamat je IMKK saya balik dengan 1 ketenangan..keamanan..kegembiraan 
dan segala ke..ke yang lain. 

Hahaha..gurau pun tak boleh. Best sangat feel masa tu. :)

Hasilnya..saya lebih penyayang..hati saya lebih lembut..
Saya dilimpahi kasih sayang dalam diri.


Ok..habis je IMKK start berpuasa..beraya yang tak berapa sakan 
sebab tak baik membazir kan.
Chewahhhh..betul. Tahun ni baju raja sepasang je..Untuk si buah hati je lebih sikit. kihkih.
Dapat beli kain untuk kakak2 ipar. Bukan nak mengambil hati or membodek ye..
Saya suka feel memberi tu..rasa best giler.

Bukan rasa hebat berlagak.. Bukan! Bukan! Cis! Tak baik tauu :)

Memang rasa superb dapat memberi..kena pula barang yang kita suka dan sayang. 
Kalau korang nak rasa..cubalah bagi benda yang korang sayang pada orang lain. 

Nanti la saya akan share pula apa perasaan yang kita dapat andai kita berkongsi atau memberi kebahagian pada orang lain. 

Balik ke cerita submit... hehehehe

Bulan September baru lepas ni saya lewat period seminggu.. 
4 hb September, tanpa rasa apa-apa saya pun cuba la buat Pregnancy Test..

Subhanallahhhh..!!. Alhamdulillahhh...
Keluar 2 line merah..saya pregnant! Saya rasa nak lompat bintang sambil Bara bara bere bere.
Heeeeeeeee..hehehe..


Korang faham tak perasaan saya macam mana?? 
Bayangkan selama ni saya berusaha selama 5 tahun untuk dapatkan si jantung hati Zada Sofeeya.. 
Dan saya dah letakkan dalam hati mesti anak yang ke2 nanti susah juga. 
Saya buat anggaran 3-5 tahun lagi..

Tapi Allah swt MAHA PENYAYANG.. 
DIA bagi saya tahun ni juga.

Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih Ya Allah.. 
Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih Ya Allah..

Saya berkongsi cerita ni bukan nak mengatakan IMKK mampu beri saya anak ye.. 
Tapi IMKK mengubah pemikiran saya, membersihkan hati saya.. 

Teringat kata DAO, jangan salahkan dia kalau balik dari IMKK banyak yang mengandung. 
kahkahkahkahkah..
Kini baru ku faham.

Bak kata kawan En.suami, 
" Pemikiran dari hati dan minda kena sama pasti dapat apa kita nak"

Ok lah..bosan pulak nanti bg ceramah panjang2.
kihkihkih..

Saya nak golek2..guling2 dengan si anak kejap. Dia baru bangun tidur.

*jangan lupa baca IMKK vs MLM Part 1..nanti tak faham pulak.


Salam Sayang Penuh Cinta,
Asha Shareena

















Sunday, 6 October 2013

MAGIC PASAR MALAM

Salam sayang-sayang.. :)

Siapa pernah pegi pasar malam?? Jom kita pergi malam ni jom..hehe. 

Nak tau tak apa rahsia pasar malam? 
Ni nak cerita sikit..dulu masa kecil-kecil, pergi pasar malam adalah perkara wajib setiap hari Khamis dan Sabtu. Kat mana? Dulu pergi pasar malam Taman Melawati kat Lembah Keramat sana..kan dulu lahir dan membesar di sana.

Ehh..bukan nak cerita tentang proses tumbesaran tau. 

Ni nak cerita tentang pasar malam. Siapa ingat baju tidur yang ada 2 poket kat depan tu? Saya selalu letak duit utk belanja kat pasar malam sebelah kiri dan duit2 syiling 50sen sebelah kanan. 

Dah siap isi duit mula la jalan kaki dari rumah..tawaf habis 1 pasar malam tu. Macam2 yg best dapat beli. Yang pasti mesti ada gula2 kapas..utk makan sambil jalan kaki balik rumah.....kihkihkih. 

Duit poket sebelah kiri dan kanan mesti habis punya sebelum balik. Kalau tak habis rasa macam membazir. Hahahahaha....

Lepas tu kan saya perasan yang segala permintaan/ kemahuan saya semuanya dimakbulkan.. 
Nak itu dapat..nak ini dapat..

Pergi pasar malam je pun kenapa hidup jadi best..semua dipermudahNYA. Nak apa saja semua boleh dapat.. tak dapat hari ni mesti dapat esok. 

Memang kagum gila.. rasa macam magic gila..
Hebat tuuuuu...

Bila masuk U dah jarang pergi pasar malam sebab 1st time pergi pasar malam kena ragut pulak. Dengki betul peragut tu.. cissss! 
(Dia tak pergi IMKK la tu)

Lepas tu nak jadi cerita magic dah tak berkesan. 
Aduhh..kenapa ae? Benda dah makin susah nak dapat, kena usaha lebihhhhh sikit. 

Bukan la usaha teruk sangat tapi biasa la kan.. bila kata usaha je mesti banyak alasan keluar. 

Saya buat kesimpulan Allah dah tak sayang saya. Saya sedihhhhh..huhuhuhu.

Akhirnya pada Julai 2013 baru la faham.. 
(baru terhegeh-hegeh masuk imkk, orang lain dah khatam dah hehehehe)

 Dulu saya pergi pasar malam bawa duit syiling tu sebab arwah atuk dan nenek suruh bawa..dia pesan mesti habiskan bagi pada org minta sedekah. Jadi setiap kali jumpa memang saya singgah dan beri duit syiling tu sebab atuk dan nenek suruh.. 

Rupanya2 itu la POWER OF GIVING. Cuma masa tu mana atuk dan nenek saya nak explain pulak kan. Korang faham ke makna POWER OF GIVING? 

Susah la nak explain detail2 sebab benda ni kena try and adjust! kena feel sendiri.
 Bukan try and error tau!

Laaaa...tak faham juga ye?? Kalau tak faham kena la datang sini.. memang magic gila kentang. 

Korang datang la tau!
Kalau korang tak dapat datang nak buat macam mana kan sebab memang bukan rezeki nampaknya dan  bukan pilihan korang untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat.. 

Nak buat macam mana kalau suka biasa-biasa je kan. Orang lain suka yang LUAR BIASA.

Itu la ayat yang saya kena dulu..sentap! sampai ke jantung tau.
Ala..gurau-gurau pun tak boleh. :)

*Pergi tauuuu..jumpa kat Wisma MCA  26hb Oktober ok..saya belanja kuaci tapi tak boleh makan dalam dewan ye. 

Salam Sayang Penuh Cinta,

Asha Shareena


Friday, 4 October 2013

IMKK vs MLM Part 1

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Wah..Wah,,Wah.. makin lama makin lambat pulak masuk ke sini. Hari ni hari ke-3 untuk saya terus membebel. Walaupun dah gelap kat luar baru nak start tapi jangan tak tahu energy masih lagi tinggi tau sebab dah mandi sabun aura LifeRich. heeeee..

Nak tanya sikit la..macam mana nak dapat idea untuk teruskan bebelan?? Siapa ada petua yang boleh share ngan saya?? Meh la share.. :)

Haaaa...tetiba teringat tragedi IMKK Julai 2013. Wahhhh!!!! memang awesome sangat compare to IMKK 2010. (nampak tak berapa lama dah pergi IMKK tapi tak bertindak??) tapi itu dulu..sekarang tidak lagi. sekarang ni bertindak mengikut arahan. Betul cakap Mentor saya, pegi lah datuk nenek seminar pun kalau balik campak file belakang almari apa pun tak boleh. Jadi kali ni tak boleh campak..kena susun cantik-cantik atas meja dan kena belai-belai selalu file ni. Kihkih..

Ok..nak share sikit ttg IMKK, pada saya ni satu program yang semua orang wajib datang..wajib hadir..wajib dengar..wajib! wajib! wajib!. Tak tahu la nak explain mcm mana nak menunjukkan KEPERLUAN datang IMKK ni.
IMKK telah banyak mengubah hidup saya..keluarga saya..suami saya..ehemm..ehem.. Dan yang paling penting mengubah diri saya yang memendam rasa kepada seorang yang lebih relax..sabar.. :) Saya mula menerima yang hidup kita adalah pilihan kita. 'Its your life..Its your choice!' 

Jadi siapa yang bertanggung jawab pada diri kita?? Siapa salah kalau kita kena tipu?? Siapa salah kalau kita kena tindas?? Siapa salah kalau kita tak maju?? Salah kita laaaa! sebab hidup kita, kita yang tentukan. Jangan la salahkan jiran sebelah yang salah letak kereta atau salahkan mak cik kedai yang jual lauk mahal..atau salahkan orang lain terambil rezeki kita. Come on la sayang-sayang saya.. berilah peluang pada diri untuk dapatkan lebih baik. 

Cup! semalam ada juga yang tanya IMKK ni MLM ke? kahkahkahkahkah.. IMKK ni bukan MLM..tak ada jual-jual dan beli-beli ye. NO! NO! NO! Untuk yang tak pernah dengar langsung IMKK ni ialah 1 program yang mencari identiti diri kita..membuang segala block-block..batu-bata..biawak2..lumpur2..keladak2...dan membawa kita kembali pada fitrah. Tak percaya??? ishhhhhh...kalau tak percaya pergi laaaa. Susah nak explain tau.

Dalam 1 sesi IMKK tu, ada satu ketika dimana perasaan kita dengan yang Maha Esa sangat jelas..sangat satu. Untuk sampai ke perasaan tu perlukan keyakinan dan kesungguhan dan keberserahan.. Eh! ada ke ayat camtu? 
Ada ke tak de itu tak penting. Yang penting adalah apa yang kita doa pada saat itu sangat memberi kesan yang dalam. Nak tahu ke apa saya minta? Doc cakap minta apa saja yang terlintas dalam hati. Saya pun oklah Doc..saya minta la benda yang pada saya macam tak logik nak dapat. 


" Ya Allah, aku serahkan pada mu. 
Kau buat la..uruskan la apa pun..aku nak mengandung tahun ni juga"
(dalam hati ada juga biawak cakap.. boleh ke sebab si cinta hati dulu pun 5 tahun menunggu dan berusaha. Lantak la ko biawak.. janji aku dah submit. Ko boleh? ko tak boleh kan? )

Balik tu terus lupa segalanya kecuali baca Declaration untuk beberapa minggu sebelum sibuk dengan busines yang huru-hara..pos sana..pos sini..pegi sana..pegi sini..maklumla nak raya time tu kan. Oh! lupa..untuk julung kalinya tahun ni berjaya bagi duit raya pada EMAK si jantung hati saya, Puan Siti Zalaha. Selalu bagi juga tapi.. 1 kosong je kat belakang..tahun ni dapat bagi berganda-ganda. Bukan nak riak ye..saya nak bg orang lain rasa apa saya rasa. Nak tahu apa emak saya cakap? "Xpe la kak long, simpan untuk rolling bisnes nanti"...betapa tingginya kasih emak pada saya. Mesti la kan..Emak mesti la sayang saya..tak nak saya susah. Tapi apa saya sanggup buat untuk mak saya tak susah?? Huhuhuhu..saya nak nangis plak rasanya ni.. 

Ini la EMAK saya..sumber kekuatan saya.  :)

Alamak!! panjang pulakk...saya sambung lagi nanti ye. Apa kesudahan submit2 saya tu.. Tunggu tauuu.

Salam sayang penuh cinta,

Asha Shareena


Thursday, 3 October 2013

JEM FEDERAL HIGHWAY

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Salam sayang semua..

Hari ni lambat pulak masuk ke alam maya. hehehe..
Terima kasih pada yang mendorong dan memberi semangat pada saya untuk terus membebel disini. Terutamanya en.suami yang menangis baca bebelan saya. heeeeeeee. 

Oh ya..terlupa saya nak bagitau semalam , saya adalah Pengasas kepada ZADAscarf Collection. 

Alhamdulillah..kini saya mempunyai sebuah perniagaan Online yang memberi keselesaan dan kepuasan untuk wanita di luar sana menutup aurat dengan sempurna. Kepakaran saya ialah membantu menyelesaikan masalah ketrampilan diri dan perasaan was-was yang dihadapi oleh wanita muslimah dengan memberikan keselesaan kualiti dan kepuasan ber'fashion' apabila berada di luar mahupun di rumah. 

Dulu saya seperti orang lain..yang biasa je selepas berhenti dari kerjaya bersama sebuah bank asing terkemuka..CT.. Apa yang menyebabkan saya berhenti?? huhuhu... saya penat..penat sebab kerja dari pagi sampai malam dan setiap hari saya kena lalu federal highway yang semua orang berlumba-lumba setiap pagi siapa sampai opis dulu. Termasuk la saya sendiri..hihihi. Betul tak saya kata berlumba-lumba?? Ada yang rasa tak apa yang saya rasa?? Apa tak nya berlumba..semua kereta laju2, tukar line tak bagi signal macam la dia sorang je yang pergi kerja kan. Pelik..pelik..

Akhirnyaaaa..saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah walaupun masa tu belum ada anak si cinta hati saya ni. Maka bermulalah satu kehidupan baru tanpa jem..tanpa bos..tanpa file yang bersusun. Satu tahun..dua tahun..tiga tahun.......

Sehinggalah saya berjumpa dengan Mentor kesayangan saya. Nanti saya ceritakan macam mana boleh berjumpa ye. Mentor saya yang membuka mata saya untuk memulakan perniagaan tanpa perlu menjual. 
Hahhh!! 
Tak perlu menjual??
Habis tu buat apa busines?? 
Bukan semua orang buat business sebab nak kaya ke?? 
Kalau tak jual macam mana nak kaya??


Macam-macam soalan keluar dan saya jadi makin pelik..pelik la kan macam mana nak berniaga kalau tak nak menjual. Nanti saya kongsikan bagaimana. Akhirnya..terdirilah ZADAscarf yang menjadi tempat untuk saya salurkan bantuan dan berkongsi minat dengan wanita-wanita lain. Alhamdulillah..saya telah berjaya membantu ramai wanita untuk mempunyai pilihan yang lebih banyak..membantu wanita untuk menambahkan pendapatan dan membantu wanita kelihatan anggun dan cantik serta menutup aurat dengan sempurna.


Siapa yang ingin saya bantu bagaimana untuk memulakan perniagaan tudung dan produk muslimah boleh PM www.facebook.com/ZADAscarf atau WhatsApp 019-2662014. Saya akan kongsikan bersama anda..

Salam sayang penuh cinta,
Asha Shareena

Wednesday, 2 October 2013

DUNIA CINTA SAYA

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Berdebar-debar rasa nak mula menulis ni. Nak pilih tajuk je dah setengah jam..siap tanya en.suami lagi, sedangkan dia pun kena buat blog juga..haha. Tu baru nak pikir tajuk belum lagi nak pikir apa nak tulis. Mencabar kan.. fuuuhhh!!! 

Tapi disebabkan Mentor saya cakap tulis je apa2 jadi terpaksa la ikut sebab takut pulak ilmu tak berkat nanti. Takut wooo kalau ilmu tak berkat.. sebab berkat ni benda yang tak nampak dan tak boleh diukur. Berkat ni kena faham sendiri. hahahah.. faham tak?

Saya ni dalam process mencari PASSION saya. Rasa macam dah jumpa lepas tu tetiba rasa macam bukan pulak.. pelik kan. Mentor saya cakap PASSION akan buat kita sanggup tak makan dan tak minum..sanggup buat apa saja asal dapat settlekan PASSION ni. Kalau dulu2 masa belajar kat U time nak exam mesti semua sanggup tak makan dan minum tapi bukan sebab PASSION..hahaha..sebab Terpaksa baca buku nak exam kan.. (utk yg study last minit cam saya ni lar. :p)

Ok..cerita sikit tentang diri saya ye. Dah bebel2 tak tahu plak sape tuan rumahnya.

Nama saya Siti Nurshareena Muhd Jizan. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri permata hati..Zada Sofeeya Mohd Zairudin. Bila bercerita tentang anak, saya memang sangat sangat sensitif.. Permata hati saya ni adalah nyawa saya. Dan dia juga lah the reason WHY saya perlukan perubahan dalam hidup. Saya sanggup gantikan nyawa saya utk anak permata hati saya. Sebab bukan mudah untuk saya dapatkan Sofeeya.. 5 tahun penantian, saya dan suami berusaha utk mendapatkan Sofeeya. Bukan perkara mudah kerana ia menuntut pengorbanan emosi dan kekuatan diri. Bermacam2 cara dan kaedah kami dah cuba tapi Allah itu Maha Mengetahui..DIA tahu bila waktu yang terbaik utk kita. Setiap rencanaNYA adalah yang terbaik. Apapun InsyaAllah nanti saya akan kongsikan kerana saya pasti ramai pasangan diluar sana yang masih belum dikurniakan anak. Saya faham..saya tahu sebab saya melaluinya. 

Tengok2..saya dah nak nangis. :(  Saya ni lembik sikit..memang senang menangis tapi tak la sampai tgk hindustan pun boleh nangis. Heee... 

Alhamdullillah.. saya sangat bersyukur masih mempunyai keluarga yang complete. Maksudnya saya masih mempunyai abah dan emak, ayah dan mak cik serta adik2 yang sangat sayangkan saya. Jangan la salah faham pulak ye saya kata complete tu..complete maksud saya ialah semua nya masih ada untuk saya. Saya masih boleh mencari peluang menambah pahala saya.. Sebab tidak semua orang ada peluang sebegitu kan. Saya kesian en.suami, ayah dan ibu mentua saya dah tiada..mereka sudah menyahut panggilan Illahi. Bila dalam situasi ni, saya rasa sangat bertuah..semoga Allah SWT panjangkan usia abah, emak, ayah, mak cik dan adik2 saya.. Mereka adalah sumber kekuatan saya selain dari en.suami dan permata hati saya. Jangan risau ye en.suami...ku sentiasa disisimu.. cewahhh! :)

Utk arwah ayah mentua dan ibu mentua kesayangan saya..semoga mereka dikurniakan jannah yang terbaik, yang terbest dan terhebat.. Sebenarnya banyak lagi list thing TO DO yang saya nak buat bersama ibu mentua tapi apa kan daya. Allah lebih menyayangimu..  

Rasanya ckup utk kali ni..bertakung2 dah air mata nak tumpah dah ni..


Haaaaa...ni la permata hati pengerang jantung saya. Kalau bercerita tentang dia mungkin saya tak cukup ruang kot. kihkihkih... Nama dia Zada Sofeeya Mohd Zairudin. Umur  1 tahun 8 Bulan. 



Salam sayang penuh cinta,
Asha Shareena